SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Wednesday, February 27, 2013

PERTANDINGAN CATUR

WAJAH- WAJAH PESERTA YANG MEWAKILI SEKOLAH KE  PERTANDINGAN CATUR

Tahniah kepada Adik Haziq B. Rashidi dan Adik Nurul Adani Bt Rossuhaimi kerana berjaya terpilih ke Pertandingan Catur ke Peringkat Negeri.Kami warga SK Methodist (ACS) Lumut, sentiasa mendoakan kejayaan kalian....



Monday, February 25, 2013

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2013

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 25 Februari 2013. Pada majlis tersebut, telah disampaikan watikah perlantikan dan disusuli bacaan ikrar oleh semua pengawas yang dilantik. Semoga wajah- wajah yang diberikan amanah ini dapat menjalankan tugas dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.








Sunday, February 24, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

Tanggal 23 Februari 2013, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung dengan lancar dan berjaya. Majlis tersebut bertujuan untuk melantik Ahli Jawatan Kuasa PIBG yang baru bagi penggal 2013/ 2014, di samping mengeratkan hubungan antara pihak ibu bapa dan guru, sekaligus membincangkan serta bertukar- tukar pendapat bagi mencari langkah- langkah yang berkesan  untuk mempertingkatkan kecemerlangan anak- anak dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak banyak membantu melancarkan majlis tersebut.














Saturday, February 9, 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 8 Februari 2013. Majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan nasyid, ceramah dan bacaan Yassin. Majlis dirasmikan oleh Pn. Roziah Hanim Bt. Ramli.










Friday, February 1, 2013

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR 2013

    Program Perkongsian Pintar 2013 telah diadakan pada 31 Januari 2013 bertempat di Kantin SK Methodist (ACS) Lumut. Program tersebut melibatkan ibu bapa atau penjaga murid Tahun 6 dengan pihak sekolah. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa murid dengan pihak sekolah sekaligus berkongsi tips untuk meningkatkan pencapaian anak- anak bagi menghadapi Peperiksaan UPSR. Program berjalan lancar dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak.