SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Monday, March 26, 2012

SELAMAT HARI LAHIR....

Warga ACS Lumut mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada Guru Besar yang disayangi Puan Hajjah Fuziah Bt Hj Mahfodz dan Ustaz Faizal Hj Jamaluddin. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....

Friday, March 23, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist ACS Lumut telah diadakan pada 21 Mac 2012. Majlis ini  dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perak, Encik Rashidi Bin Ibrahim. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini.


Friday, March 9, 2012

SELAMAT HARI LAHIR....

Sepanjang bulan Januari dan Februari yang lalu, seramai enam orang guru telah menyambut hari lahir mereka. Kelab Guru dan Kakitangan SK Methodist (ACS) Lumut dengan sukacitanya meraikan hari lahir mereka dalam majlis ringkas pada 5 Mac 2012. Warga ACS mengucapkan Selamat Hari Lahir..... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki kepada Puan Noor Azura Aziz, Puan Zurainiza Karim, Puan Noraida Ishak, Puan Nurita Md Jamil, Puan Sarina Said dan Puan Norlaily Jamaludin.

Wednesday, March 7, 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

Majlis Pelancaran Program NILAM 2012 telah disempurnakan secara rasminya oleh Puan Hajjah Fuziah Hj Mahfudz pada 5 Mac 2012. Tema bagi Program NILAM ini ialah "Jelajah Dunia Dengan Buku'.