SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Thursday, February 23, 2012

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR 2012

Pada 17 Februari 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Program Perkongsian Pintar bagi ibu bapa murid-murid tahun 6. Program ini adalah program khas bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan UPSR 2012. Puan Hjh. Fuziah Bt Hj. Mahfodz selaku pengerusi Program Kecemerlangan UPSR 2012 telah memberi penerangan kepada semua ibu bapa tentang program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan murid-murid tahun 6 memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
Di dalam majlis ini juga, semua murid tahun 6 melafazkan ikrar 'akujanji' dihadapan ibu bapa mereka yang diketuai oleh adik Mohamad Absyar b Nasaruddin.






0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll