SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Monday, February 27, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Telah diadakan pada 24 Februari 2012. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Fuziah Hj Mahfudz, Guru besar SK Methodist (ACS) Lumut. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah perarakan oleh warga SK Methodist (ACS) Lumut, Ceramah Pengkisahan Rasullullah S.A.W oleh Ustaz Ahmad Faizal dan Pertandingan Nasyid murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Sempena sambutan Maulidur Rasul ini juga, pihak sekolah telah menjemput Imam Muda Nazrul memberikan ceramah kepada murid-murid tahap 2 pada 20 Februari 2012.


Thursday, February 23, 2012

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR 2012

Pada 17 Februari 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Program Perkongsian Pintar bagi ibu bapa murid-murid tahun 6. Program ini adalah program khas bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan UPSR 2012. Puan Hjh. Fuziah Bt Hj. Mahfodz selaku pengerusi Program Kecemerlangan UPSR 2012 telah memberi penerangan kepada semua ibu bapa tentang program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan murid-murid tahun 6 memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
Di dalam majlis ini juga, semua murid tahun 6 melafazkan ikrar 'akujanji' dihadapan ibu bapa mereka yang diketuai oleh adik Mohamad Absyar b Nasaruddin.






 

Blogroll