SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Sunday, January 1, 2012

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2012


Pada 29 Disember 2011 yang lalu telah diadakan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 2012 sempena pendaftaran murid-murid Tahun 1 sesi 2012. Semua ibubapa yang hadir diberi taklimat mengenai perkembangan dunia pendidikan masa kini oleh Puan Hjh Fuziah bt Hj Mahfodz selaku Guru Besar SK Methodist (ACS) Lumut. Kepada anak didik Tahun 1 2012 diucapkan Selamat Datang dan Selamat Menempuh Alam Persekolahan.

Pada masa yang sama kutipan jualan alatan persekolahan seperti buku kerja, buku tulis dan sebagainya turut diadakan untuk semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Semoga Tahun 2012 ini memberikan sinar kejayaan yang lebih cemerlang.




 

Blogroll