SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Friday, May 18, 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012, bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Pelbagai acara telah diatur untuk meraikan semua guru. Sekalung doa untukmu guru.... Terima kasih cikgu......

             

  

Monday, April 23, 2012

LAWATAN MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Pada 21 April 2012, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Kong Cho Ha telah turun padang ke SK Methodist ACS Lumut. Dalam kunjungan ringkas itu, Datuk Seri Kong Cho Ha telah meluangkan masa melawat prasarana sekolah. Beliau juga telah memberi sumbangan sebanyak RM20 000.00 kepada pihak sekolah untuk pembinaan pintu pagar utama. Warga ACS Lumut mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan dan sumbangan beliau tersebut.

Monday, March 26, 2012

SELAMAT HARI LAHIR....

Warga ACS Lumut mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada Guru Besar yang disayangi Puan Hajjah Fuziah Bt Hj Mahfodz dan Ustaz Faizal Hj Jamaluddin. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....

Friday, March 23, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist ACS Lumut telah diadakan pada 21 Mac 2012. Majlis ini  dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perak, Encik Rashidi Bin Ibrahim. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini.


Friday, March 9, 2012

SELAMAT HARI LAHIR....

Sepanjang bulan Januari dan Februari yang lalu, seramai enam orang guru telah menyambut hari lahir mereka. Kelab Guru dan Kakitangan SK Methodist (ACS) Lumut dengan sukacitanya meraikan hari lahir mereka dalam majlis ringkas pada 5 Mac 2012. Warga ACS mengucapkan Selamat Hari Lahir..... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki kepada Puan Noor Azura Aziz, Puan Zurainiza Karim, Puan Noraida Ishak, Puan Nurita Md Jamil, Puan Sarina Said dan Puan Norlaily Jamaludin.

Wednesday, March 7, 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

Majlis Pelancaran Program NILAM 2012 telah disempurnakan secara rasminya oleh Puan Hajjah Fuziah Hj Mahfudz pada 5 Mac 2012. Tema bagi Program NILAM ini ialah "Jelajah Dunia Dengan Buku'.


Monday, February 27, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Telah diadakan pada 24 Februari 2012. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Fuziah Hj Mahfudz, Guru besar SK Methodist (ACS) Lumut. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah perarakan oleh warga SK Methodist (ACS) Lumut, Ceramah Pengkisahan Rasullullah S.A.W oleh Ustaz Ahmad Faizal dan Pertandingan Nasyid murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Sempena sambutan Maulidur Rasul ini juga, pihak sekolah telah menjemput Imam Muda Nazrul memberikan ceramah kepada murid-murid tahap 2 pada 20 Februari 2012.


Thursday, February 23, 2012

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR 2012

Pada 17 Februari 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Program Perkongsian Pintar bagi ibu bapa murid-murid tahun 6. Program ini adalah program khas bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan UPSR 2012. Puan Hjh. Fuziah Bt Hj. Mahfodz selaku pengerusi Program Kecemerlangan UPSR 2012 telah memberi penerangan kepada semua ibu bapa tentang program-program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan murid-murid tahun 6 memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
Di dalam majlis ini juga, semua murid tahun 6 melafazkan ikrar 'akujanji' dihadapan ibu bapa mereka yang diketuai oleh adik Mohamad Absyar b Nasaruddin.