SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Monday, July 18, 2011

KLINIK BOLA TAMPAR & BOLA JARING





Klinik Bola Tampar dan Bola Jaring telah diadakan pada 15 dan 16 Julai 2011 yang lalu. Seramai 20 orang peserta lelaki dan 20 peserta perempuan tahap 2 terlibat dalam program ini. Tujuan klinik ini diadakan adalah bagi mengenal dan memahirkan diri dengan teknik-teknik asas permainan bola tampar dan bola jaring.






























































































Saturday, July 16, 2011

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Majlis Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Julai 2011 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh guru besar SK Methodist ACS Lumut, Puan Hjh Fuziah Binti Hj Mahfodz. Sambutan Israk Mikraj dimulakan dengan alunan nasyid oleh murid-murid tahun 4 dan diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al Quran oleh seramai 31 orang murid tahap 2 di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Faisal Bin Jamaluddin.



















Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Ahmad Faisal bin Jamaluddin. Beliau turut menayangkan slaid pengkisahan perjalanan Rasulullah ketika peristiwa tersebut. Banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada peristiwa tersebut. Di akhir majlis, Puan guru besar menyampaikan hadiah kepada peserta khatam Al Quran. Diharapkan majlis seumpama ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan tahniah buat semua jawatankuasa yang telah bekerjasama menjayakan majlis tersebut.



















Monday, July 11, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA





















Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah diadakan pada 2 Julai 2011. Larian ini sepanjang 1.5km dan bermula dari Dataran KFC hingga ke Hotel Bluebay. Larian SK Methodist (ACS) Lumut bersama dengan dua buah sekolah lain iaitu SK Lumut dan SJKC Eng Ling.

Friday, July 1, 2011

SUKAN TAHUNAN ACS LUMUT

Kejohanan Sukan telah diadakan pada 30 Jun 2011 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG Encik Sharudin bin Said. Rumah Biru telah berjaya meraih Juara Keseluruhan dengan pungutan mata tertinggi mengatasi rumah-rumah sukan yang lain. Rumah Biru juga telah menjadi Juara Perbarisan pada kejohanan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah juga kepada semua yang terlibat terutama Guru-guru ACS Lumut dan kakitangan serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.