SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Thursday, May 19, 2011

LATIHAN KEBAKARAN 2011

Latihan rutin yang diadakan pada setiap tahun ini telah diadakan pada pagi hari ini dengan kerjasama pasukan bomba dari Sitiawan. Semua murid dan guru telah berjaya berkumpul di padang dalam masa hanya 7 minit setelah siren kecemasan dibunyikan. Terima kasih atas kerjasama semua pihak.







Wednesday, May 18, 2011

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM KALI 1/2011

Perhimpunan yang melibatkan semua unit beruniform serta pelajar tahun 1 dan 2 ini telah diadakan pada tarikh 18 Mei. Pengakap ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan pada kali pertama tahun ini. Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya di dalam aktiviti kokurikulum adalah antara acara yang telah disusun. Tahniah kepada para penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak, penerima sijil lencana pengakap, peserta pertandingan T-Score dan pertandingan badminton serta pemenang-pemenang pertandingan minggu anti-dadah. Anda memang hebat !






SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

Tanggal 16 Mei yang lalu telah berlangsungnya sambutan Hari Guru diperingkat sekolah. Pelbagai acara telah diadakan untuk meraikan para guru. Tiada hadiah yang lebih berharga buat guru selain doa dan tiada ucapan yang lebih bermakna selain "Terima Kasih Cikgu"..