SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Thursday, April 28, 2011

MINGGU ANTI DADAH 2011

Minggu Anti Dadah telah diadakan pada 25 hingga 29 April yang lalu. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pertandingan mewarna dan melukis poster, kuiz anti dadah, tayangan video gejala dadah dan ceramah motivasi. Semoga semua warga sekolah sedar tentang bahaya dadah dan memastikan diri tidak akan terjebak dengan dadah. Insyaallah..









Monday, April 25, 2011

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NORLELA

Majlis yang dianjurkan oleh Kelas 6 Gemilang dan 6 Cemerlang pada 22 April 2011 ini diadakan khas buat Cikgu Norlela. Salam perpisahan buat beliau yang lebih 10 tahun telah mengajar di ACS Lumut dan akan berkhidmat di PPD Manjung. Jasa dan bakti beliau kepada sekolah tak terhitung banyaknya.. terima kasih cikgu !








Tuesday, April 5, 2011

PERTANDINGAN T-SCORE SEMPENA PROGRAM PERAK WIFI & CYBER CARNIVAL

Pada 1 - 3 April 2011 yang lalu, seramai 4 orang murid telah menyertai pertandingan T-Score di Dataran Eslanade Lumut. Mereka adalah Mohd Nazrin (6G), Mohd Suhail (6G), Mohd Ashman Hakimi (6C) dan Mohd Haikal (6C). Mohd Haikal telah berjaya ke peringkat akhir dan mendapat tempat ke-6. Tahniah!






Sunday, April 3, 2011

ACTION SONG & STORY TELLING COMPETITION

Pada 31 Mac yang lalu , SK Methodist (ACS) telah menganjurkan Action Song & Story Telling Competition peringkat daerah Manjung. Para peserta dari beberapa buah sekolah dari daerah ini telah mengambil bahagian dan membuat persembahan yang sungguh menarik. Tahniah kepada sekolah yang telah menjuarai pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan pertandingan dan mohon maaf atas kekurangan kami jika ada semasa acara berlangsung.