SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Friday, March 25, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Mesyuarat telah diadakan pada 23 Mac 2011 bertempat di dewan terbuka ACS Lumut pada jam 2.30 petang. Majlis yang telah dirasmikan oleh En Rashidi, setiausaha sulit Menteri Besar Perak berlangsung dengan lancar hingga ke akhir acara. Perlantikan AJK baru bagi sesi 2011/2012 telah dilaksanakan. Sekalung penghargaan buat barisan AJK lama atas khidmat membantu PIBG dan pihak sekolah merealisasikan visi dan misi.








Sunday, March 6, 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H

4 Mac 2011 - Sambutan bermula dengan perarakan disekeliling sekolah sebanyak 3 pusingan. Aturcara seterusnya adalah bacaan ayat-ayat suci Al Quran, hafazan, ucapan perasmian oleh guru besar, ceramah maulid nabi dan pertandingan nasyid.








Pertandingan Nasyid Tahap 1





Pertandingan Nasyid Tahap 2



Saturday, March 5, 2011

AKTIVITI PENGAKAP - " ROTI LILIT"

2 Mac 2011 - Memasak adalah salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh ahli pengakap. "Roti Lilit" adalah resepi pilihan dan paling mudah disediakan pengakap ketika berkhemah dan mengembara. Tepung yang diuli bersama sedikit garam dan air akan dililit pada sebatang buluh atau lidi lalu dipanggang di atas bara api. Roti yang telah masak kekuningan akan disapu majerin dan ditabur gula. Hidangan bertambah enak bila dimakan apabila perut sedang lapar... cubalah!




 

Blogroll