SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Friday, February 18, 2011

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH MANJUNG

16 Feb 2011 - ACS Lumut adalah penganjur pertandingan pada tahun ini. Sepasukan lelaki dan perempuan telah mewakili sekolah dan telah berjaya memberikan saingan yang hebat kepada pasukan yang lain. Namun begitu, kedua-dua pasukan gagal memasuki peringkat separuh akhir berdasarkan pungutan mata yang rendah. Walau bagaimanapun, 3 org pemain telah terpilih untuk mewakili daerah manjung ke peringkat negeri. Tahniah kepada Suhail (6G), Ellyana (6G) dan Adryana (6C) !




Monday, February 14, 2011

KURSUS KEPIMPINAN

12 Feb 2011 - Kursus yang diadakan di Virgo Batik Resort ini khusus untuk semua guru, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas serta murid tahun 6. Pengisian kursus amat berguna untuk membantu peserta menjadi seorang pemimpin yang baik.




Friday, February 11, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

10Feb 2011 - Perlawanan antara ACS Lumut dan SKDI berlangsung dengan lancar pada jam 3 - 5 petang. Para pemain dapat merasai pengalaman dan memperbaiki kemahiran masing-masing sebelum bertandingan di peringkat daerah pada 16 Februari nanti.



Thursday, February 10, 2011

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2011

7 Feb 2011 - Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah antara program utama sekolah yang sangat membantu murid dalam pembelajaran. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pn Roziah Hanim, PK Pentadbiran sekolah dan majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan murid dan koir yang menyampaikan lagu khas NILAM.