SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Thursday, October 6, 2011

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 dilangsungkan pada 3 Oktober 2011 dan perasmian disempurnakan oleh Puan Roziah Hanim bt Ramli, PK Pentadbiran. Murid-murid juga menyanyikan lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' dan 'Bahasa Menjunjung Budaya'. Beberapa orang murid telah mempersembahkan nyanyian, sajak dan pantun.

















Thursday, September 29, 2011

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 8




Pada 24 September 2011, pihak sekolah telah mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan bertempat di Virgo Teluk Batik Resort. Ceramah bertajuk "Ke arah Kecemerlangan Sekolah: Satu Pendekatan Konstruktif" telah disampaikan oleh Encik Gulam Muzammil Bin PK Mohamed, Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Perak. Ceramah motivasi ini telah dihadiri oleh guru-guru dan staf sokongan SK Methodist (ACS) Lumut. Input yang diberikan telah memberi suntikan semangat dan motivasi kepada warga guru dalam melaksanakan tugas mendidik dengan lebih cemerlang.






Thursday, August 18, 2011

PELANCARAN KEMPEN 1 MURID 1 GURU 1 JALUR GEMILANG





Majlis Pelancaran Kempen 1 Murid 1 Guru 1 Jalur Gemilang telah diadakan pada 15 Ogos 2009. Majlis pelancaran ini dimulakan dengan gimik pemakaian baju Jalur Gemilang oleh Puan Hjh. Fuziah Bt. Hj. Mahfodz kepada wakil murid seterusnya diikuti oleh nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos oleh semua murid. Pada majlis ini juga Puan Guru Besar telah menyerahkan jalur gemilang kepada ketua kelas untuk diagihkan kepada semua murid. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Jalur gemilang dan lagu 1 Malaysia dengan diiringi kibaran Jalur Gemilang oleh semua murid. Sebagai penutup majlis, Laungan Kemerdekaan sebanyak 3 kali dilaungkan oleh semua warga ACS Lumut.














































Monday, July 18, 2011

KLINIK BOLA TAMPAR & BOLA JARING





Klinik Bola Tampar dan Bola Jaring telah diadakan pada 15 dan 16 Julai 2011 yang lalu. Seramai 20 orang peserta lelaki dan 20 peserta perempuan tahap 2 terlibat dalam program ini. Tujuan klinik ini diadakan adalah bagi mengenal dan memahirkan diri dengan teknik-teknik asas permainan bola tampar dan bola jaring.






























































































Saturday, July 16, 2011

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Majlis Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Julai 2011 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh guru besar SK Methodist ACS Lumut, Puan Hjh Fuziah Binti Hj Mahfodz. Sambutan Israk Mikraj dimulakan dengan alunan nasyid oleh murid-murid tahun 4 dan diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al Quran oleh seramai 31 orang murid tahap 2 di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Faisal Bin Jamaluddin.



















Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Ahmad Faisal bin Jamaluddin. Beliau turut menayangkan slaid pengkisahan perjalanan Rasulullah ketika peristiwa tersebut. Banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada peristiwa tersebut. Di akhir majlis, Puan guru besar menyampaikan hadiah kepada peserta khatam Al Quran. Diharapkan majlis seumpama ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan tahniah buat semua jawatankuasa yang telah bekerjasama menjayakan majlis tersebut.



















Monday, July 11, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA





















Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah diadakan pada 2 Julai 2011. Larian ini sepanjang 1.5km dan bermula dari Dataran KFC hingga ke Hotel Bluebay. Larian SK Methodist (ACS) Lumut bersama dengan dua buah sekolah lain iaitu SK Lumut dan SJKC Eng Ling.