SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Saturday, October 23, 2010

HARI KOKURIKULUM 2010

Aktiviti Hari Kokurikulum pada kali ini telah berjalan dengan lancar pada 16 Oktober 2010. Seawal 8.00 pagi, para peserta telah memulakan aktiviti riadah dan 'ice breaking'. Peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Antara pertandingan yang diadakan adalah acara petik jari, balingan 'dart', menyediakan 'sandwich' dan persembahan kumpulan. Tahniah kepada ahli-ahli kumpulan 9 yang telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar. Aktiviti berakhir pada pukul 5.30 petang.








Sunday, October 10, 2010

PROGRAM & AKTIVITI SELEPAS UPSR 2010

Pelbagai program dan aktiviti telah disusun oleh pihak sekolah untuk para pelajar tahun 6 selepas UPSR. Antaranya adalah pertandingan futsal, bola jaring, bola tampar, permainan dalaman, ceramah kerjaya dan remaja, pertukangan kayu, jahitan, melukis poster dan banyak lagi aktiviti menarik. Mereka juga akan menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur pada bulan November. Berikut adalah gambar-gambar program dan aktiviti yang telah diadakan.



 

Blogroll