SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Monday, May 31, 2010

HARI TERBUKA

Hari Terbuka adalah antara program sekolah yang diadakan pada setiap tahun selepas PKSR 1 dijalankan. Ibubapa atau penjaga murid berpeluang untuk bertemu guru pada hari tersebut bagi mengetahui tahap prestasi akademik dan sahsiah murid di sekolah. Program yang diadakan pada 26 Mei yang lalu turut mendapat sambutan baik terutamanya dikalangan ibubapa atau penjaga pelajar Tahun 6.

Tuesday, May 18, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010. Antara acara yang telah dijalankan adalah penyampaian perutusan hari guru, nyanyian dan ikrar oleh guru, senamrobik, permainan bola jaring, persembahan murid dan penyampaian hadiah.





















Saturday, May 15, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

Aktiviti yang telah diadakan pada 15 Mei ini melibatkan bilik-bilik khas iaitu Bilik Kemahiran Hidup, Bilik PJK, Bilik Sains dan Bilik Muzik. Kerjasama antara semua guru dan pekerja yang hadir telah melancarkan aktiviti gotong royong pada hari tersebut.











 

Blogroll