SELAMAT DATANG KE BLOG SK METHODIST (ACS) LUMUT

Friday, December 31, 2010

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 (2011)

Program khas untuk murid-murid tahun 1 ini telah diadakan pada 30 Disember (Khamis) yang lalu.. Taklimat untuk para ibubapa berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi tahun 1 pula telah disampaikan oleh Puan Norlela Daud, Skim Pinjaman Buku Teks oleh Puan Suhaila dan Tajuk khusus dalam Pendidikan Kesihatan oleh Puan Norita.



Saturday, November 20, 2010

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6

Jamuan ini telah diadakan pada 15 November 2010 yang lalu. Pelbagai juadah dihidangkan buat semua pelajar tahun 6 dan guru-guru. Hadiah-hadiah bagi beberapa pertandingan yang dijalankan semasa program selepas UPSR telah disampaikan oleh Puan Guru Besar.












Saturday, November 13, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Majlis HAC pada tahun ini telah berlangsung pada 11 November 2010 bertempat di Virgo Batik Resort, Lumut. Ramai tetamu dan jemputan hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Semua acara berjalan dengan lancar dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut. Mohon maaf atas kelemahan dan kesulitan jika ada dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga anda lebih cemerlang dan gemilang di tahun hadapan..
.





Friday, November 12, 2010

MAKAN MALAM 2010

Jamuan makan malam bersama semua guru, staff dan ajk PIBG telah diadakan pada 8.00 mlm, 9 Nov bertempat di Restoran Horizon Garden. Majlis turut dihadiri oleh bekas Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, En Zainal Abidin Ahmad.